BENGKEL FARDHU 'AIN DI KPG SUPA, PUSA

Alhamdulillah semalam satu lagi Bengkel Fardhu 'Ain berjaya diadakan, dan kali ini kat kampung Supa, Daerah Kecil Pusa. Sambutan dari penduduk kampung sangat memberansangkan seperti kat tempat-tempat lain yang kami buat sebelum ni.


Menaiki Bot Laju Ke Kpg Supa

Perjalanan ke Kampung Supa ni mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Sejam melalui jalan darat dari pekan Betong ke Kpg Manggut, dan setengah jam naik bot laju dari kampung Mangut ke kampung Supa.


Kampung Supa....pemandangan dari sungai


Kampung Supa

Pada slot pertama Ustaz Haji Hasanuddin membentangkan kertas kerja "Aqiqah Dan Qurban". Pembentangan selama dua jam setengah itu mendapat respon yang baik dari para peserta. Banyak soalan-soalan yang bernas diajukan. Pada slot kedua, saya sendiri membentangkan kertas kerja Aqidah dan Ibadah. Para peserta menunjukkan minat dan begitu banyak soalan diajukan pada sesi praktikal solat. Alhamdulillah, Ustaz Hasan ni kira mantap jugaklah dalam bab Fiqh ni. Banyak soalan dapat diselesaikan.


Antara Peserta Bengkel


Bengkel ni berakhir lebih kurang jam 2.30 petang. Dalam perjalanan balik kami kena hujan kat tengah sungai. Lepas tu, kereta Imam Besar Betong, Ustaz Sidek kena kemalangan kecil sikit. Cengkik sikit kat bumper belakang terlanggar cover tiang lampu kampung Manggut. Ujian Allah Taala. Sabar yer..


Tempat Kejadian



Ustaz Sidek menunjukkan bahagian bumper yang cengkik


Mudah-mudahan, pada masa akan datang banyak lagi program sebegini dapat dianjurkan kat kampung ni. Orang sini baik-baik dan ikram dhuyuf.


Renungan dalam seorang da'ie



2 comments:

abu hanis said...

mulai dari tahun depan 2010 penjawat awam dan swasta adalah layak unutk dilantik sebagai imam mukim/karyah/kampung termasuk juga pegawai/staff JAIS yang SKT mereka sik ada imam sebagai salah satu tugas.bererti mereka layak dibayar imbuhan sebanyak 450 sebulan berkuatkuasa 2010 mun diluluskan oleh JK pembayaran imbuhan JAKIM.mun jais maok impliment benda tok bes juak

abuimran said...

salam. tahniah team ustaz sidek kerana telah mengadakan bengkel ini di kampung saya. jika ada kelapangan saya sangat mengalu-alukan kunjungan team ustaz secara berterusan. kasihan melihat orang kampung yang dahagakan ilmu agama. keikhlasan dan usaha, dan curahan ilmu ustaz2 akan dibayar oleh Allah di dunia dan di akhirat. untuk makluman ustaz pemandu bot itu adalah abang saya.

Related Posts with Thumbnails