GERAK SENI SILAT ABJAD (ASLI)

Malam tadi saya berkesempatan menghadiri Perhimpunan ABJAD Sarawak yang diadakan di Daerah Saratok. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Pengerusi Silat ABJAD dari Kedah, Melaka, dan beberapa kawasan lain. Melalui maklumat yang saya dapati dari rakan-rakan, Cawangan Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD di Daerah Saratok ini ialah pusat bagi Negeri Sarawak. Tadi saya cuba cari maklumat mengenai Pertubuhan ini di Wikipedia, berikut antara maklumat yang saya dapat :

Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat telah diasaskan dan didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada bulan Oktober 1984 dengan diberi No. Pendaftaran P.K. 2090 (Perak Darul Ridzuan). Menyedari hakikat bahawa ABJAD perlu dikembangkan ke seluruh negara (malah ke peringkat global) maka Yang Di Pertua Pertubuhan dan Ahli-Ahli jawatankuasanya dengan persetujuan semua ahli membuat resolusi menukar nama ABJAD Perak kepada ABJAD Malaysia dan proses ini telah berjalan sehinggalah mendapat kelulusan rasmi dari Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dalam bulan September 1988.

Perkataan GERAK SENI SILAT ABJAD (ASLI) JABAT KILAT diertikan sebagai berikut:

GERAK: ertinya amalan atau kelakuan atau perbuatan yang baik dan positif

SENI : ertinya halus, indah, segak, cantik, baik

SILAT : ertinya menolak atau menentang segala kejahatan, menerima atau mengamalkan atau memelihara segala kebaikan/kebajikan serentak melalui ilmu, hati, lidah dan anggota (pada zahir dan batin)

ABJAD : ertinya ASLI yakni yang benar dari Allah di atas Kebesaran Allah (Jamal/Baha) dan KeagunganNya (Jalal) untuk menegak agama (Diin) Allah di diri zahir dan batin

JABAT : ertinya sentuhan pada rohani dan jasmani

KILAT : ertinya cepat, pantas

PERSEMBAHAN DARI AHLI ABJAD SARATOK


Berikut pula maklumat yang saya dapat dari :

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1524


Kategori : Akidah
Tajuk :
RISALAH GERAK KILAT (SILAT ABJAD)
Isu :
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah di atas sebuah risalah yang bernama “Risalah Gerak Kilat Menyambar Dan Mutiara Di Tengah Mata” karangan Syeikh Mahmud Nasri Usmani (Hj. Mahmud Nasri b. Hj. Osman) Baling, Kedah.
Keputusan :

Berdasarkan kepada butir-butir di atas ini yang mana ianya adalah mengelirukan Akidah Islam dan bercanggah dengan ajaran-ajaran di dalam syariat Islam yang suci dan untuk memelihara kaum muslimin di negeri ini dari dirosakkan akidah mereka dan amalan-amalan mereka oleh ajaran-ajaran dan amalan-amalan yang ada di dalam risalah Gerak Kilat. Maka Jawatankuasa bersidang pada hari ini mencadangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah supaya diharamkan risalah itu dari disebar dan ditegah dari diajar dan belajar dan beramal dengan ajaran-ajaran di dalamnya.


Keterangan :

Mesyuarat Fatwa yang telah diadakan pada hari Isnin 23/8/1976, hari Isnin 25/10/1976 dan 10/11/1976 telah membuat keputusan :-

Setelah dikaji isi kandungan Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, karangan Hj. Mahmud Nasri b. Hj. Osman (Syeikh Mahmud Nasri Usmani) dengan cermat dan telitinya khasnya terhadap ajaran-ajaran amalan dan butir-butir ajaran itu baik pun yang menggunakan bahasa sendiri “Bahasa Malaysia” atau “Bahasa Arab” dan juga ayat-ayat Al-Quran, pihak Jawatankuasa mendapati banyak perkara-perkara yang tersebut di dalamnya yang bercanggah dengan ajaran Islam :-


1. Meragukan tentang ujudnya Nabi Adam dan isterinya Hawa.

2. Menganggap Adam dan Hawa ada di dalam batang tubuh seseorang lelaki / perempuan, suatu kepercayaan “Tanasoh Al-Arwah” yang dilarang oleh syarak.

3. Merendahkan martabat Rasulullah s.a.w.

4. Merendahkan martabat para Malaikat besar.

5. Meletakkan Allah sama taraf dengan orang wali.

6. Mencampur acara-acara beribadat di dalam istiadat permainan.

7. Menghidupkan khayalan khurafat dan waham.

8. Mengadakan suatu kepercayaan baru iaitu boleh menghadirkan rupa Rasulullah, menghadirkan Jibrail, Israfil dan lain-lain malaikat besar dikiri kanan atas bawah.

9. Meletakkan kuasa Wali sama dengan kuasa Allah yang memberi bekas, perkara yang boleh membawa kepada syirik.

10. Berpegang dengan guru sama berpegang dengan Allah dengan tiada syak, dzon dan waham, persamaan yang membawa kepada syirik.

11. Menyekutukan kuasa Allah dengan kuasa Jibril dan Nabi Muhammad s.a.w.

12. Khurafat menyediakan semangkuk garam di dalam bilik khalwat, berjumpa dengan Syeikh Abdul Kadir Jailani waktu lena atau waktu jaga.

13. Perkataan yang samar-samar ertinya yang menimbulkan keraguan-keraguan seperti “Ah, Aku bukan aku aku …………………………”

14. Menyamakan gerak yang luar biasa dengan gerak Mukjizat / Karamah.

15. Membandingkan kuasa Allah seperti anjing “Khatmir” Ashabul Kahfi dan kawalan Allah terhadap hambaNya seperti kawalan anjing itu.
16. Menafi wujud Allah dengan tiada disedari di dalam zikir يا من لا هو الا هو
17. Membuat peraturan tidur lain dari peraturan yang mashur sabit dari Nabi s.a.w.

18. Mengadakan perkataan zikir lain daripada lafaz-lafaz zikir yang sedia maklum di dalam syariat iaitu roh روح أطلق حق أطلق

19. Menyambung ayat Quran dengan ayat yang bukan Quran, mengubah-ngubah, mengurang dan meminda ayat-ayat Quran dan mengubah baris-baris ayat Quran.

Di bawah ini diperturunkan butir-butir di dalam risalah itu yang mengelirukan dan bercanggah dengan syariat Islam.

1. Muka surat 2

1.1 Di bawah tajuk nasihat perkataan “tiap-tiap suatu itu terhenti ia di atas gerak, maka kebaikan itu di atas gerak baik dan kejahatan di atas gerak jahat”. Menurut penyusun risalah di dalam keterangannya, gerak ialah perbuatan samada zahir atau batin.

Pendapat Jawatankuasa :
Manusia tiada sunyi dari gerak dan diam bukan gerak sahaja, gerak / diam adalah perbuatan asas bahkan mengesahkan perbuatan atau menyempurnakan ialah niat. Firman Allah :

1.2 Firman Allah : ولله ولى المؤمنين yang disambungkan dengan perkataan
وعلى كل حال ظافر

Pendapat Jawatankuasa :
Boleh memberi faham kepada pembaca yang tiada dapat membezakan diantara ayat-ayat Quran dengan yang lainnya bahawa perkataan وعلى كل حال itu juga ayat Quran padahal ia bukan ayat Quran.

2. Muka surat 4

2.1 Tajuk-tajuk “Pertemuan kanan kiri dinamakan pertemuan Adam dan Hawa”. Menurut keterangan penyusun “Maksud Adam dan Hawa ialah manusia jadi tiap seseorang lelaki atau perempuan ia dikatakan Adam dan Hawa”.

Pendapat Jawatankuasa :
Bila disebut nama Adam difahamkan ialah Nabi Allah Adam a.s dan Hawa ialah isterinya dan sekelian adalah anak-anak cucu keturunannya, kalau menurut maksud penyusun maka tiap-tiap seseorang lelaki / perempuan dialah Adam dan dialah Hawa dan ini boleh menimbulkan kesamaran dan salah faham tentang aktikad yang wajib dipercayai dan diketahui dengan tafsil rasul-rasul yang dua puluh lima yang diantaranya Saidina Adam dan menimbulkan fahaman bahawa Adam dan Hawa berada di dalam tubuh tiap-tiap seorang manusia lelaki / perempuan dan ini membawa kepada kepercayaan (“Tanasukh Al-Arwah”) yang dilarang di dalam syarak Kenali.

2.2 Silat ABJAD

Menurut penyusun Abjad ertinya gerak, silat Abjad ini namanya yang diberi oleh Tok Guru Kenali, tiap-tiap satu huruf bagi abjad ada isyaratnya, Alif Allah, Ba Bahaullah, Jim Jalalullah dan Dal Dinnullah.

Pendapat Jawatankuasa :
Isyarat-isyarat itu suatu perkara yang diada-adakan yang mencemar nama Allah yang suci dan kebesaran Allah yang agong.

Gayong

Menurut penyusun anggota empat kerat (tangan kaki) ibu gayung ialah ibu jari, bila ditanya lagi ibu gayung itu dijawabnya pula ibu gayung ialah tanah air api dan angin, dan menurutnya lagi abjad dan gayung samada dalam atau gayung luar ada salasilahnya sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang mana menurut pendapat jawatankuasa sebagai suatu pendusta terhadap Rasulullah yang merendahkan taraf dan darjat kebesarannya.

3. Muka surat 8

3.1 Bangsa lautan bangsa daratan
Menurut penyusun kata tok gurunya baharu ini dua bahagi cair dan beku, lautan itu tiap-tiap baharu yang cair dan daratan itu tiap baharu yang beku.

3.2 Pesanan wali dan keramat kalau dia tidak beralih dia kena hancur …………” Menurut penyusun wali itu Allah atau orang wali jadi pesanan wali itu ialah pesanan Allah atau Orang Wali.

Pendapat Jawatankuasa :
Fahaman yang seumpama itu membawa kepada iktikad yang salah yang dikatakan



4. Istiadat Permainan.

4.1 Cara-cara hendak mengambil istiadat permaian.
Berhadap kiblat mengucap dua kalimah syahadat, 3 kali pohonkan menerima iman. Penyusun tidak dapat memberi penjelasan mengenai hubungan berhadap kiblat, mengucap dua kalimah syahadah dan yang berikutnya dengan istiadat permainan ini.

Jawatankuasa berpendapat :
Berhadap kiblat satu acara di dalam ibadat mengucap dua kalimah syahadat adalah ibadat. Pohon Iman Islam dan ihsan adalah doa yang juga ibadat yang mana istiadat permainan itu dicampur adukkan dengan acara-acara ibadat yang dianggap sebagai suatu penyelewengan yang sengaja diada-adakan.

4.2 Di dalam istiadat itu juga ada menghadirkan rupa guru pada hadapan atau kanan Nabi Muhammad s.a.w. pada kanan dan hadapan dan menghadirkan Jibril di hadapan Israfil di bawah Izrail dikiri dan Adam bersama Hawa.

Pendapat Jawatankuasa :
Semuanya itu adalah khurafat khayal dan waham yang menyentuh kehormatan Rasulullah s.a.w. dan para malaikat yang besar dan mengada-adakan yang tiada pada syarak.

5. Muka surat 10

Cara-cara pemasuk gerak silat Abjad.
- Bismillahirrahmanirrahim - 7 kali
- Selawat atas nabi - 7 kali
- Fatihah - 1 kali
- Qulhuwallah - 3 kali
- Bismillahirrahmanirrahim - 3 kali

Penyusun tidak dapat memberi apa-apa alasan tentang hubungan gerak Silat Abjad dengan membaca perkara-perkara yang tersebut.

Pendapat Jawatankuasa :

Bahawa di atas apa-apa alasan sekalipun tiadalah munasabah bahkan tiada harus pada syarak menggunakan ayat-ayat Quran dan Selawat ke atas nabi untuk permainan-permainan seperti seni silat abjad dan lain-lain kerana yang demikian itu bererti menggunakan ayat-ayat suci bukan pada tempatnya dan tiada menurut tujuan yang diturunkan ayat itu dan lebih merupakan perbuatan memperalatkan ayat-ayat suci bagi satu-satu tujuan duniawi semata-mata atau memperolok-lokkan kesucian dan kebesarannya.


6. Muka surat 12 – 13

6.1 Baca ayat Kursi 3 kali menjadi قوة (Kota) diberi ………………… قوة (Kota) di dalam zat Muhammadiah. Penyusun tidak dapat memberi penjelasan tentang Kota di dalam zat Muhammadiah.

6.2 Pohon berpegang teguh dengan Allah dan dengan guru dengan tidak syak, dzon, waham lagi.

Pendapat Jawatankuasa :
Perkataan itu boleh difahamkan Allah dan guru sama martabatnya untuk menjadi pegangan seseorang …………… suatu kepercayaan yang membawa kepada syirik.

7. Muka surat 20

Di bawah tajuk amalan bagi gerak seni silat abjad bagi peringkat kedua.

7.1 Perkataan “Pohonkan berpegang aku dengan guru wali”.

Pendapat Jawatankuasa :
Berlawanan dengan akidah Islam yang menghendaki seseorang hamba itu berpegang atau bergantung hanya kepada Allah.

7.2 Perkataan “Pohonkan berhubung penjaga lautan dan daratan”.

Pendapat Jawatankuasa :
Berhubung bersahabat dengan penjaga lautan dan daratan iaitu boleh jadi segala jin dan syaitan adalah suatu amalan khurafat dan tahyul yang dilarang oleh syarak. Lebih-lebih lagi amalan khurafat ini memperalatkan ayat suci iaitu Bismillahirrahmanirrahim dibaca sekian-sekian kali.

8. Muka surat 24

8.1 Perkataan “Dengan kata kuat tangan aku ini dengan kuasa Allah dan Jibril dan Muhammad s.a.w”

Pendapat Jawatankuasa:
Terdapat padanya persamaan kuasa bagi Allah, Jibril dan Muhammad yang termasuk di dalam syirik iaitu menyengutukan kuasa makluk dengan kuasa Allah.

8.2 ………………………dengan kata نون والقلم وما يسطرون

Pendapat Jawatankuasa :
Suatu percubaan bagi kaedah penulis di dalam Al-Quran menurut Mashaf Othmani
Iaitu ditulis dengan "ن" bukan نون


9. Muka surat 25 - 26

9.1 Ya Allah ya tuhanku, aku pohonkan gerak seni silat gayong yang dalam bahagian rohani jasmani dan zat Muhammadiah langkah bunga buah dengan mukjizat Rasulullah s.a.w.

Pendapat Jawatankuasa :
Suatu khurafat dan penyelewengan yang mana gerak silat dihubungkan dengan Mukjizat Nabi s.a.w.

9.2 Gerak bersepakai gerak Allah rasulullah gerak Syeikh Abd. Kadir Jailani.

Pendapat Jawatankuasa :
Perkataan ini sangat diragu-ragukan.

10. Muka surat 28

Assalamualaikum ya nadi sepuluh.
Penyusun tidak dapat memberi keterangan apakah dia nadi sepuluh.

11. Muka surat 29

بقوله تعالى ان العزة لله ولرسوله وللمؤمنين
Meminda dan mengubah ayat Quran yang betulnya ولله العزة ولرسوله وللمؤمنين
Dari surah Al Munafiqun. …….. براءة من الله ayat Quran tiada sempurna.


12. Muka surat 31

12.1 Sediakan semangkuk garam di dalam bilik khalwat.

Pendapat Jawatankuasa :
Perbuatan ini adalah khurafat.

12.2 Sentiasa beriktikaf di dalamnya.

Pendapat Jawatankuasa :
Iktikaf pada syarak dilakukan di dalam masjid tiada sebarang tempat seperti bilik khalwat.



12.3 Memberi salam (1) pertamanya kepada Syeikh Mahyudin 1,000 kemudian daripada sempurna seribunya jika ia murid itu perasaan mengantuk hendaklah tidur pada majlis itu juga kerana ia Mahyuddin hendak berjumpa dengan jalan mimpi jika tidak berasa tidur jangan ditidurnya kerana ia hendak berjumpa dalam masa jaga.

Pendapat Jawatankuasa :
Amalan memberi salam yang sedemikian itu adalah suatu perkara yang diada- adakan dan perjumpaan dengan Syeikh Mahyuddin itu di dalam tidur atau jaga adalah khayal dan khurafat semata-mata.

13. Muka surat 36

13.1 Aku berjalan dengan gerak Allah Malaikat dengan gerak Muhammad bukan kata aku kata Allah. Allah Hu Ah ……………………
Perkataan-perkataan yang pada lahirnya membawa kepada syirik.

13.2 Ah Aku bukan aku aku …………………
Penyusun tidak dapat memberi penerangan dan penjelasan tentang maksud perkataan itu dan di atas penjelasan sekalipun perkataan itu pada pendapat jawatankuasa menimbul keraguan dan kesamaran.

14. Muka surat 37

Pohon gerak menyalahi adat menepati gerak mukjizat dan keramat.

Pendapat Jawatankuasa :
Permohonan ini adalah untuk mendapat yang mustahil kerana mukjizat perkara yang menyalahi adat yang dikurniakan khas kepada Rasul dan nabi-nabi dan keramat. Khasnya bagi orang-orang wali, yang menimbul kekeliruan iaitu boleh jadi berlaku satu gerak yang luar biasa yang oleh seseorang itu dianggapnya sebagai gerak mukjizat atau sama taraf dengan gerak mukjizat.


15. Muka surat 38

Hilanglah aku didalam lautan قلب قدره ارادة الله ددالم فد حروف الف الله الله
Kata penyusun قلب yang sebenarnya كلب iaitu anjing (khitmir) ashabul kahfi yang ertinya qudran Iradah Allah ibarat seperti anjing Ashabul Kahfi yang ertinya qudran Iradah Allah ibarat seperti anjing Ashabul Kahfdi dan kawalan Qudrah Iradah diibarat seperti kawalan anjing itu.


16. Muka surat 39 صورة المادة التجليات الحق
16.1 Susun bahasa tiada jelas dan kerana itu tiada jelas maksudnya.

16.2 يا من هو لا هو الا هو
Ibarat yang menepikan wujudnya Allah ………………………

16.3 ب س م ا ل ل ه الحمد لله Ibarat-ibarat tiada menurut Bahasa Arab dari segi nahu dan penulisan.


17. Muka surat 40

17.1 3 كالي كل ذات الله Tidak tahu bagaimana hendak dibaca dan apa maksudnya penyusun tidak dapat memberi penjelasan.

17.2 روح أطلق حق أطلق كات هيغض للف تيدور

Pendapat Jawatankuasa :
Perkataan itu tidak termasuk di dalam lafaz-lafaz zikir yang warid.

18. Muka surat 41

18.1 Peraturan tidur ……………………………
Menurut penyusun peraturan tidur itu menurut sunah.

Pendapat Jawatankuasa :
Peraturan itu berlainan dari apa yang sabit dari Rasulullah s.a.w.

18.2 صم بكم عمي فهم لا لا لا . أفحسبتم انما خلقناكم عبثا وانكم الينا لا لا لا وجعلنا من بينهم أيديهم سواء ومن خلفهم سدا فاغشيناهم فهم لا لا لا يا معشر الجن والانس...... فانفذو لا لا لا
Pendapat Jawatankuasa :
Semua ayat-ayat suci itu diubah pinda.

19. Muka surat 42 – 43

Aku pohonkan gerak hulubalang Allah hulubalang Rasul Allah dengan titah sabda Rasulullah Mikail Israfil Abu Bakar, Omar, Othman, Ali ……………………
Penyusun tidak dapat menerangkan apa maksud dengan titah sabda Rasulullah Jibrail
…………………… itu.


20. Muka surat 52

Sebagaimana sabda nabi s.a.w. bergerak alamat hidup diam alamat mati, nas tiada disebut demikian juga rawinya, hadis itu diragu-ragukan.

Berdasarkan kepada butir-butir di atas ini yang mana ianya adalah mengelirukan Akidah Islam dan bercanggah dengan ajaran-ajaran di dalam syariat Islam yang suci dan untuk memelihara kaum muslimin di negeri ini dari dirosakkan akidah mereka dan amalan-amalan mereka oleh ajaran-ajaran dan amalan-amalan yang ada di dalam risalah Gerak Kilat. Maka Jawatankuasa bersidang pada hari ini mencadangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah supaya diharamkan risalah itu dari disebar dan ditegah dari diajar dan belajar dan beramal dengan ajaran-ajaran di dalamnya.
الحلول والإتحاد

12 comments:

Ibnu Sufi said...

PENGENALAN ABJAD MALAYSIA
-ADA 18 CAWANGAN BERDAFTAR DISELURUH MALAYSIA
-TUJUAN MEMPERKENALKAN SERTA MENGHIDUPKAN LATIHAN PERTAHANAN DIRI YANG BERTERASKAN (BERDASARKAN)AQIDAH ,SYARIAT,AKHLAK,JIHADUL BINNAFSI DAN JIHADU BIL MAL

-KERANA MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM,MARUAH DIRI ORANG ISLAM,KETURUNAN ORANG ISLAM,HARTA ORANG ISLAM,NEGARA UMAT ISLAM.

-TIDAK TERIKAT DENGAN MANA-MANA SATU SUSUNAN WIRID YANG DINAMAKAN THARIQAH(TAREKAT).

-BERPEGANG TEGUH KEPADA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH ALIRAN SYEIKH ABU HASSAN ASYAARI DAN SYEIKH ABU MANSUR MATURIDI.

-BERAMAL DENGAN FIQH MUKTABAR IMAM AS-SYAFIE DAN TIDAK MENOLAK FIQH IMAM MALIKI,HANAFI DAN HAMBALI.

-AKHLAK ATAU SUFI MUKTABAR IMAM JUNAID AL-BAGHDADI,IMAM AL-GHAZALI,IMAM SYA'ARANI,IMAM QUSYAIRI DAN ULAMA '
MUKTABAR SEUMPAMA MEREKA.

-MENOLAK DENGAN TOLAK YANG PUTUS DILIDAH,ANGGOTA DAN HATI DALAM HIDUP DAN KEHIDUPAN 72 PUAK YANG SESAT DALAM AQIDAH.

-MENOLAK 2 PUAK BIDA'AH DALAM FIQH MUKTABAR
a)BIDA'AH DHOLALAH KAROHAH YANG JADI FASIQ
b)BIDA'AH DHOLALAH HARAM YANG JADI MURTAD

-MENOLAK 13 PUAK SUFI ZINDIK IAITU PUAK YANG PURA-PURA MENGAKU DIRI DALAM BERAMAL DENGAN AKHLAK SUFI MUKTABAR.

-MENGIKAT KUKUH LIDAH,ANGGOTA DAN HATI HANYA KEPADA ALLAH DALAM UBUDIYYAH DAN MINTA TOLONG.

-MENOLAK KUFUR MAKSIAT ,MENJANA IMAN DAN TAAT.

-MENZAHIR PEMUDA PEMUDI YANG BERIMAN DAN SANGGUP MENERIMA SERTA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH.

Mengajak ahli-ahli menegakkan 5 perkara ; secara ilmu, lidah, hati dan anggota; kepada masyarakat dan negara iaitu:

*

Iman yang teguh kepada Allah serta beradab mukmin di semua tempat, waktu dan masa,
*

Sejahtera diri sebagai mukmin dalam rumahtangga, masyarakat dan negara,
*

Sentiasa melazimkan ihsan pada zahir dan batin di semua tempat, waktu dan masa
*

Pohon (berdoa) menjadi umat yang diterima oleh Allah dan Rasul di dunia dan akhirat,
*

Pohon (berdoa) elok kesudahan mati (husnul khatimah)

Ustaz Hj. Ahmad Bin Hj. Che Din

Guru Ijazah Pusat Merangkap Yang DiPertua

Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (A) Jabat Kilat Malaysia

Daftar No. 2090 M’sia Tel : 05-8394342

p/s: ana sarankan tuan merujuk kepada pertubuhan ini untuk mendengar sendiri keterangan, dan juga anta boleh merujuk di JAKIM. Ana sarankan sebaiknya elakkan membuat suatu andaian tanpa merujuk kepada TUAN empunya. ABJAD sah berdaftar dengan Pendaftar pertubuhan Malaysia pada 1988. Fatwa tu keluar pada 10/11/1976. Ini bermakna Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Malaysia tidak berkaitan dengan apa yang Tuan webmaster nyatakan. Saya sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana pertubuhan, tetapi saya terpanggil memberi sedikit coretan bila melihat komen Tuan Webmaster. Setahu saya ABJAD sering mengadakan program bersama JAKIM, dan muzakarah bersama Ulama-Ulama Malaysia. Kalau mengikut Salasilah ABJAD, Peloprnya Antara Ulama Hebat malaysia dan Nusantara. Kalau Tuan kata ABJAD salah, Syekh Yusuf Kenali tuan nak letak mana.. Sebaiknya Tuan elakkan membuat andaian yang bukan-bukan tanpa membuat kajian terlebih dahulu... jangan main ambil dan cedok bulat2 dari sumber internet, pergilah berjumpa tuan empunya.. dari melihat tarikh fatwa yang tuan utarakan sahaja dan tarikh penubuhan ABJAD amat2 bercanggah.. Ana tidak berniat menyalahkan sesiapa.

Penerangan dan kefahaman yang sebaik-baiknya datang dari tutur kata yang berhikmah. dan berlakunya kilaf yang memberi seribu persoalan adalah dari tutur kata yang telah diolah menjadi susunan huruf-huruf. Fikirkan...

Sebenarnya tuan webmaster, tanpa disedari telah menjatuhkan dan membuat satu tuduhan ( harap2 tidak jatuh kepada FITNAH ) kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Malaysia dengan membuat sepikulasi, tanpa membuat kajian dan bertanya kepada pertubuhan ini.

Sekiranya ana terkasar bahasa, mohon maaf di pinta, sekali lagi ana tidak terikat pada mana2 pertubuhan. cuma membetulkan apa yang tersasar. Sekian

Ibnu Sufi said...

PENGENALAN ABJAD MALAYSIA
-ADA 18 CAWANGAN BERDAFTAR DISELURUH MALAYSIA
-TUJUAN MEMPERKENALKAN SERTA MENGHIDUPKAN LATIHAN PERTAHANAN DIRI YANG BERTERASKAN (BERDASARKAN)AQIDAH ,SYARIAT,AKHLAK,JIHADUL BINNAFSI DAN JIHADU BIL MAL

-KERANA MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM,MARUAH DIRI ORANG ISLAM,KETURUNAN ORANG ISLAM,HARTA ORANG ISLAM,NEGARA UMAT ISLAM.

-TIDAK TERIKAT DENGAN MANA-MANA SATU SUSUNAN WIRID YANG DINAMAKAN THARIQAH(TAREKAT).

-BERPEGANG TEGUH KEPADA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH ALIRAN SYEIKH ABU HASSAN ASYAARI DAN SYEIKH ABU MANSUR MATURIDI.

-BERAMAL DENGAN FIQH MUKTABAR IMAM AS-SYAFIE DAN TIDAK MENOLAK FIQH IMAM MALIKI,HANAFI DAN HAMBALI.

-AKHLAK ATAU SUFI MUKTABAR IMAM JUNAID AL-BAGHDADI,IMAM AL-GHAZALI,IMAM SYA'ARANI,IMAM QUSYAIRI DAN ULAMA '
MUKTABAR SEUMPAMA MEREKA.

-MENOLAK DENGAN TOLAK YANG PUTUS DILIDAH,ANGGOTA DAN HATI DALAM HIDUP DAN KEHIDUPAN 72 PUAK YANG SESAT DALAM AQIDAH.

-MENOLAK 2 PUAK BIDA'AH DALAM FIQH MUKTABAR
a)BIDA'AH DHOLALAH KAROHAH YANG JADI FASIQ
b)BIDA'AH DHOLALAH HARAM YANG JADI MURTAD

-MENOLAK 13 PUAK SUFI ZINDIK IAITU PUAK YANG PURA-PURA MENGAKU DIRI DALAM BERAMAL DENGAN AKHLAK SUFI MUKTABAR.

-MENGIKAT KUKUH LIDAH,ANGGOTA DAN HATI HANYA KEPADA ALLAH DALAM UBUDIYYAH DAN MINTA TOLONG.

-MENOLAK KUFUR MAKSIAT ,MENJANA IMAN DAN TAAT.

-MENZAHIR PEMUDA PEMUDI YANG BERIMAN DAN SANGGUP MENERIMA SERTA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH.

Mengajak ahli-ahli menegakkan 5 perkara ; secara ilmu, lidah, hati dan anggota; kepada masyarakat dan negara iaitu:

*

Iman yang teguh kepada Allah serta beradab mukmin di semua tempat, waktu dan masa,
*

Sejahtera diri sebagai mukmin dalam rumahtangga, masyarakat dan negara,
*

Sentiasa melazimkan ihsan pada zahir dan batin di semua tempat, waktu dan masa
*

Pohon (berdoa) menjadi umat yang diterima oleh Allah dan Rasul di dunia dan akhirat,
*

Pohon (berdoa) elok kesudahan mati (husnul khatimah)

Ustaz Hj. Ahmad Bin Hj. Che Din

Guru Ijazah Pusat Merangkap Yang DiPertua

Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (A) Jabat Kilat Malaysia

Daftar No. 2090 M’sia Tel : 05-8394342

p/s: ana sarankan tuan merujuk kepada pertubuhan ini untuk mendengar sendiri keterangan, dan juga anta boleh merujuk di JAKIM. Ana sarankan sebaiknya elakkan membuat suatu andaian tanpa merujuk kepada TUAN empunya. ABJAD sah berdaftar dengan Pendaftar pertubuhan Malaysia pada 1988. Fatwa tu keluar pada 10/11/1976. Ini bermakna Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Malaysia tidak berkaitan dengan apa yang Tuan webmaster nyatakan. Saya sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana pertubuhan, tetapi saya terpanggil memberi sedikit coretan bila melihat komen Tuan Webmaster. Setahu saya ABJAD sering mengadakan program bersama JAKIM, dan muzakarah bersama Ulama-Ulama Malaysia. Kalau mengikut Salasilah ABJAD, Peloprnya Antara Ulama Hebat malaysia dan Nusantara. Kalau Tuan kata ABJAD salah, Syekh Yusuf Kenali tuan nak letak mana.. Sebaiknya Tuan elakkan membuat andaian yang bukan-bukan tanpa membuat kajian terlebih dahulu... jangan main ambil dan cedok bulat2 dari sumber internet, pergilah berjumpa tuan empunya.. dari melihat tarikh fatwa yang tuan utarakan sahaja dan tarikh penubuhan ABJAD amat2 bercanggah.. Ana tidak berniat menyalahkan sesiapa.

Penerangan dan kefahaman yang sebaik-baiknya datang dari tutur kata yang berhikmah. dan berlakunya kilaf yang memberi seribu persoalan adalah dari tutur kata yang telah diolah menjadi susunan huruf-huruf. Fikirkan...

Sebenarnya tuan webmaster, tanpa disedari telah menjatuhkan dan membuat satu tuduhan ( harap2 tidak jatuh kepada FITNAH ) kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Malaysia dengan membuat sepikulasi, tanpa membuat kajian dan bertanya kepada pertubuhan ini.

Sekiranya ana terkasar bahasa, mohon maaf di pinta, sekali lagi ana tidak terikat pada mana2 pertubuhan. cuma membetulkan apa yang tersasar. Sekian

syubrawi said...

Assalamualikum wth....saudara lanzx81...
Terima kasih atas perkongsian maklumat dan komen...
Saya tidak berniat untuk menfitnah atau menuduh mana-mana pihak.
Sekiranya pihak ABJAD MALAYSIA yang berdaftar pada tahun 1988 ini tidak mengamalkan ajaran di dalam buku panduan yang telah diwartakan sebagai sesat oleh majlis fatwa, maka insyaAllah mereka tidak tersasar dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Salam... Diharap tuan blogger padamkan post bahagian ini, kerana link yang tuan bagi telah selesai dan telah dipadam oleh e-fatwa.gov.my... ini akan menyebabkab berlaku fitnah... sekian harap maklum..

Anonymous said...

salam... segerakanlah sebelum berlaku apa2 yang menyebabkan FITNAH..





JUBA tanah jawi..

Anonymous said...

Tn2, yg di hormati dr ABJAD. Apakah ABJAD yg ada berdaftar skrg ni tiada kaitan lagi dgn ABJAD yg di asaskan oleh Hj.Mahmud Nasri osman yg menulis buku yg diharamkan oleh Majlis Fatwa Kedah 1976 tsbt. bknkah amalan2 dlm Gerak seni silat ABJAD berasaskan isi kandungan dlm buku tsbt,(tp tidak di dedahkan dlm daftar pertubuhan). kalau sdh tiada kaitan mengapa masih pakai nama ABJAD, dan Knp kaitkan Sanad tuan2 dgn Hj Mahmud Nasri yg di kaitkan pula dgn Tok Kenali. Setakat yg di dedahkan oleh Hj Mahmud sdri (dlm Wikipedia tulisan muridnya)Tok kenali hy turunkan ilmu kebatinan sms mengurut tanpa ada saksi2 lain yg mengesahkannya.Ilmu JABAT dan Pahlawan pula di turunkan oleh guru silat kebatinan bernama Hj Taib Abd Rahman JABAT,(keturunan datok Astora JABAT), Knp tak letak gambar HJ Taib JABAT.Adakah JAKIM membatalkan Fatwa 1976 tsbt. atau ada org yg godam dan delete Post tsbt.(mana boleh benda Haram jd Halal tanpa sebab).

Anonymous said...

lebih baik kita bertanya terus kepada mereka yang arif dalam hal ini. masing2 hujah yang diberikan menunjukkan kita masih jahil. pergilah berjumpa dengan YDP Abjad MAlaysia dan bermuzakarahlah dengan beliau sebelum membuat apa2 spekulasi. Jikalau anda masih keliru aturkanlah debat bersama Abjad Malaysia untuk mendapatkan kepastian. sesungguhnya, YDP Abjad Malaysia akan memberikan kerjasama untuk manfaat semua

Anonymous said...

Saya pernah menjadi ahli silat abjad pada pertengahan 1970an. Apabila saya mendapat maklumat tentang fatwa silat abjab, saya serta merta berhenti dari silat abjad. Saya yakin pihak berkuasa yang mengeluarkan fatwa adalah pihak yang benar.

Mehmed Shah said...

Link terbaru e-fatwa
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/risalah-gerak-kilat-silat-abjad-0

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Kpd Blogger... tuan ambil maklumat dari internet. kenapa Tuan tak rujuk sendiri dengan majlis fatwa. Kita pernah usulkan kepada majlis fatwa. tiada satu pegawai agama pon yang sanggup bertanggungjawab atas sebaran tersebut. Baling batu sembunyi tangan bukan anak jantan. Itu bkn fatwa melainkan satu lagi polemik dalam politik di Kedah kerana nak menjatuhkan seorang murid ABJAD yang pada ketika itu calon UMNO maka surat sebaran itu dikeluarkan. Apabila diadakan muzakarah hampir keseluruhan Tok Guru pondok ahli sunnah wal jamaah menyokong tuan Guru haji Mahmud nasri. Mana mungkin sesat boleh bergerak sampai sekarang. Program terbuka dan apa2 yang tuan dengar adalah fitnah. Nabi pon majlis fatwa Abu Jahal dan Abu Lahab isytiharkan sesat. kata tuan guru saya:
"Banyak BARANG tiruan dalam pasaran, BARANG asli dalam rumah ahli, dapat beza dalam majlis tandingan, datang benar hancur binasa yang bathil, benar TETAP benar, bathil TETAP bathil, datanglah kepada kami jika mahu barang ASLI" nabi Muhammad dtg dengan Mukjizat pewaris nabi ada karamah dan maunahnya...mati segala hujah selesai segala masalah.

Anonymous said...

Bismillahirohmanirahim

kalau tidak tahu perlu bertanya , boleh sesat pemahaman dan penilaian sesama insan.

dah boleh keluarkan artikel yang lama . e-fatwa pun dah delete semua ini .

jangan copy paste sahaja kalau niat nak menunjuk atau sebaliknya , wallahualam .

admin perlu bertanggungjawab apa yang disiarkan . ALLAH Hu Akhbar . . .



# DIAM ALAMAT MATI , GERAK ALAMAT HIDUP .

PGSSA(a)JKM - WANGSA MAJU

HAJI MOHAMAD BIN JUSOH said...

Hal ini telah dijawab Oleh Tuan Guru Hj Mahmud Othmani. Semua jawapan telah merujuk kepada kitab2 muktabar. Sehingga mahkamah telah memutuskan ianya tidak bersalah dan tidak salah. Sepatutnya ia tidak berbangkit.

Related Posts with Thumbnails