SELAMAT PENGANTIN BARU

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat rakan se'Naqib' Ustaz Mohamad Jol bin Ahmad dengan pasangannya Ustazah Hadzatillah binti Sokat. Semoga diberkati Allah swt hendaknya...Amin...

SENYUMAN SEORANG PENGANTIN

SALAM AIDILFITRI


Ramadhan berlalu meninggalkan kita, Aidilfitri disambut tanda kemenangan dan keyukuran padaNya. Moga Ramadhan yang berlalu memberi kesan pada jiwa kita yang telah sebulan melalui Madrasah Ramadhan.

SALAM AIDILFITRI

SOLAT SUNAT TARAWIH

Tarawih membawa maksud berehat-rehat. Waktu menunaikan solat sunat Tarawikh ialah dalam bulan Ramadhan selepas solat Isya’.

Sebaik-baiknya solat sunat Tarawih itu ditunaikan secara berjemaah.

Ada berbagai-bagai pendapat Ulama’ tentang jumlah rakaat dalam solat sunat Tarawih. Menurut Mazhab As-Syafi’i dan Hanafi, jumlahnya ialah 20 rakaat dengan sepuluh kali salam. Menurut Mazhab Maliki jumlah rakaat dalam solat sunat Tarawikh ialah 36 rakaat. (Mengikut keterangan kitab Al-Majmu’).

Adalah rugi sekiranya kita meninggalkan solat sunat tarawih, ini kerana ia hanya boleh dilaksanakan pada bulan Ramadhan, tidak pada bulan-bulan lain. Marilah bersama-sama kita mengejar rahmat Allah s.w.t pada Ramadhan ini.

ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan kerana tamat bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturannya. Benda yang wajib dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negeri, seperti beras di Malaysia.

Kadar Zakat Fitrah ialah satu gantang Baghdad, bersamaan dengan 2.7 kg. (Rujukan : Tabung Baitulmal Sarawak).
Zakat Fitrah diwajibkan ke atas setiap Muslim lelaki dan perempuan tanpa mengira besar dan kecil.

Menurut pandangan Ulama’ Mazhab Syafi’i, masa bagi mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu :

• Masa Harus : Pada awal bulan Ramadhan.

• Masa Wajib : Telah masuk matahari pada akhir bulan Ramadhan.
• Masa Afdhal : Sebelum keluar Solat Hari Raya.
• Masa Makruh : Dilambatkan hingga selepas solat Hari Raya dengan tiada uzur.
• Masa Haram : Dilambatkan hingga selepas hari raya dengan tiada uzur.

Golongan yang layak menerima zakat ada lapan, iaitu : Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Hamba, Orang yang berhutang, Orang yang berada di Jalan Allah, dan Ibnu sabil.
Related Posts with Thumbnails