BIO AURA - HAI-O....HMMMMM

 DIPETIK DARI BLOG PERSATUAN PENGGUNA ISLAM


TUESDAY, MARCH 8, 2011


[sim] INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar

From: Jxxxxxxxxx
Subject: [sim] INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar
Sent: Mar 8, 2011 8:19 AM


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)  

Facebooking : e_belang@yahoo.com 
Lawatilah kediaman saya di http://pakmod.com dan rakan-rakan di http://groups.yahoo.com/group/pakbelang. 

 * PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? 

Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna. 

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. 

Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri. Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O)

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;

Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)


MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.

Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.

Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.

Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.
Dipetik dari Zaharudin,net Facebook
sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............

KOMEN 2

Assalamuaalaikum.semua yg berniaga MLM mesti ambil untung berganda2 sbb nak bayar bonus dan bermacam2 lgi.sebenarnya product yg dijual kat malaysia melalui MLM  kalau di Taiwan dgn China boleh dapat dimana2 je.just tukar je brand n import masuk malaysia.saya dapat maklumat ni sbb hampir setiap bulan sya ke sana.

UMNO VS PAS

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

Bosan dengan pertelingkahan 33 tahun Umno-PAS

Dr Juanda Jaya
Mei 9, 11
11:30am


Saya - sambil memohon petunjuk daripada Allah SWT di bumi Madinah Al-Munauwarah - dengan rendah diri menyeru semua pihak yang mempunyai pengaruh politik di kalangan umat Islam di Malaysia, untuk melakukan dakwah musolahah agar masalih 'ulya (maslahat-maslahat utama) bagi agama Islam kekal terpelihara.

Khilaf adalah perkara tabii bagi manusia. Begitu juga ittifaq(kesepakatan) adalah perkara tabii juga bagi manusia. Tetapi untuk khilaf buat selama-lamanya, ia suatu keganjilan, ketakburan dan kebodohan.

Lantaran itu, Hamas dan Fatah di Palestin yang telah bertelingkah selama 4 tahun sejak 2006, telah kembali bersatu dan berdamai beberapa hari yang lalu. Mereka berjanji untuk memadamkan semua lembaran hitam sejarah yang tercatat antara mereka setelah menyedari masalih 'ulya rakyat Palestin tergugat akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa yang meluaskan jurang kejahatan Yahudi Zionis terhadap mereka. 

Di Malaysia, gugatan musuh Islam pasti wujud secara terang-terangan atau tersembunyi kiranya khilaf dikalangan umat Islam tidak diurus dengan bijaksana menurut perintah Allah dan Rasul-Nya.

Kemusnahan Afghanistan dan Iraq hingga kini akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa sewajarnya menjadi guru terbaik untuk mengajar umat Islam tentang pentingnya masalih 'ulyaumat Islam diutamakan, bukannya kepentingan peribadi, kuasa puak dan pengaruh kumpulan. 

Para pejuang Islam perlu sedar bahawa mereka berjuang untuk agama Allah, bukannya untuk kepentingan peribadi dan puak. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, maka dia adalah pejuang pada jalan Allah".

Takfir amat berbahaya

Al-haq (kebenaran) itu adalah milik Allah, bukannya milik mana-mana individu atau puak. Manusia hanya mampu berusaha dan berijtihad di bawah lembayung nas al-Quran dan al-Hadis untuk menilai dirinya, apakah Al-haq itu sudah dihampiri atau apakah dia sudah terkenatalbis iblis (belitan Iblis) akibat dirinya tidak bebas daripada kongkongan hawa nafsu syahwat dan kegilaan kepada dunia dan kuasa. 

Oleh itu, tiada siapa boleh mendakwa bahawa kebenaran itu dimonopoli oleh diri atau puaknya. Sebenarnya, setiap Muslim Mukmin yang berusaha menegakkan agama Allah adalah menghampirial-haq.

Sikap suka bersangka buruk sesama Muslim Mukmin adalah amat dikeji oleh Islam. Tiada nas yang membolehkan hal ini. Apatah lagi sikap buruk sangka itu menjadikan dirinya lebih mawaddah(mengasihi) kepada si kafir kerana mahu melepaskan dendam kepada sesama Muslim. Islam menganjurkan untuk sentiasa bersangka baik sesama Muslim kerana ia adalah tuntutan Iman, sehingga Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 

"Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."

Merendahkan kedudukan Muslim Mukmin yang berdosa lebih rendah daripada kedudukan si kafir akibat tohmahan dan dakwaan perlakuan maksiat yang belum jelas buktinya adalah bukan sikap Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini adalah ijmak para ulama Ahli Sunnah. Mana mungkin Muslim walaupun dia berdosa lebih rendah drjatnya di sisi Allah daripada si kafir. 

Sikap suka merendahkan ini kadang-kadang hingga ke tahap takfiramat berbahaya dan sering menjadi punca pertelingkahan tanpa kesudahan di kalangan umat Islam. Inilah punca munculnya golongan Khawarij, Syiah, Muktazilah dan pelbagai aliran lain.

Majoriti senyap umat Islam di Malaysia pastinya sudah amat letih dengan pertelingkahan dua kuasa besar Melayu-Islam di Malaysia iaitu Umno dan PAS. Pertelingkahan 33 tahun sejak 1978 itu sudah amat lama untuk ditangisi. 

Tangan ghaib orang kafir 

Pihak-pihak yang terlibat dalam pertelingkahan itu hampir kesemuanya sudah menghadap Rabbul Jalil untuk dinilai sama ada benar atau salahnya tindakan mereka. 

Generasi baru yang moderate sudah pasti muak dengan sikap ekstrim yang wujud di celah-celah kematangan berpolitik dua gergasi politik di Malaysia ini. Dalam pada itu, semuanya risau dengan tangan-tangan ghaib orang kafir yang pasti mengambil kesempatan atas pertelingkahan ini. 

Tiada Muslim Malaysia yang naif dalam hal ini. Bahkan mereka optimis dengan pulangan yang baik untuk umat Islam jika pertelingkahan ini diakhiri secepat mungkin.

Saya menyeru kedua-dua pihak agar dapat duduk semeja dengan kedua-duanya menunjukkan husnun niyyah (niat baik) demi menjunjung tinggi titah perintah Allah dan Rasul yang menuntut orang mukmin agar sentiasa bekerjasama atas kebaikan dan takwa, bukannya atas perkara dosa dan permusuhan.

Larangan dan kemurkaan Allah SWT ini jelas dinyatakan dalam ayat 2 Surah al-Maidah yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)."

Permusuhan lama itu perlu dipadamkan untuk selama-lamanya!Musolahah adalah seruan al-Quran kepada semua pihak apabila berlaku perbalahan dalam apa bentuk sekalipun. 

Peranan lebih besar pada PAS

Renungilah sedalam-dalamnya dua ayat yang selalu dibaca secara sekerat-kerat sahaja, yang sebenarnya jika ditadabburkan, Allah SWT memerintahkan para Mukminin apabila bertelagah, maka mesti ada pihak berusaha mendamaikan antara mereka bagi memenuhi tuntutan Mukminin sebagai bersaudara. 

Firman Allah SWT dalam ayat 9 dan 10 Surah al-Hujurat yang bermaksud:

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Kedua gergasi politik Muslimin di Malaysia ini punya kekuatan yang amat besar yang kiranya dimanfaatkan, ia amat baik untuk mempercepatkan impian penegakan Islam secara menyeluruh di Malaysia. Umno berusaha dalam kadar kemampuannya, manakala PAS pula wajar diberikan peranan yang lebih besar agar ia turut menyumbang ke arah penegakan Islam yang syumul di Malaysia. 

Suatu hal yang diketahui umum, hampir kesemua sarjana dan ulama Islam luar negara yang datang ke Malaysia memperakui secara terbuka tentang pelaksanaan Islam di Malaysia sehingga ada yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. 

Pengiktirafan yang terakhir adalah sewaktu lawatan Imam Besar Masjidil Haram al-Shaikh Professor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudays, yang juga merupakan alim besar dan professor usul fekah di Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah. Hal ini tidak wajar diperdebatkan kerana ia bersifat terlalu akademik dan epistimologi.

Saya dengan ini menyeru pihak-pihak yang berkenaan untuk melakukan dakwah musolahah - seruan perdamaian. Ini adalah seruan Islam, bukan hanya politik, kerana politik adalah sebahagian daripada agama. Kewajipan umat Islam adalah menegakkan agama dan jangan bertelingkah dalam urusan menegakkan agama. 

Hak persaudaraan Islam

Renungilah sedalam-dalamnya maksud firman Allah SWT dalam ayat 13 dan 14 Surah al-Syura yang menjelaskan tentang tugas para Nabi dan umatnya:

"Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukum-Nya - apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: 'Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya'. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama Tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamanya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat).

"Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. dan Sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap kitab itu.".

Respons yang baik daripada kedua-dua pihak yang menyatakan bahawa pintu perdamaian dan kerjasama tidak pernah ditutup adalah petanda yang amat menggembirakan umat Islam. Manakan tidak, Muslim Mukmin pasti amat gembira melihat saudaranya yang bertelingkah itu bersatu demi menunaikan titah perintah Allah dan Rasul. 

Masing-masing menyedari bahawa huquq ukhuwah islamiyah (hak persaudaran Islam) mesti dijaga kerana ia adalah tuntutan iman yang utama. Inilah sikap Muslim Mukmin yang terpuji. Oleh itu, amat wajar semua pihak bermuhasabah dalam - usaha menegakkan agama Allah - bahawa diri masing-masing punya kelemahan kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Allah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu menyucikan dirimu (memuji-muji diri sendiri), Dialah Allah yang Maha Mengetahui siapa yang paling bertakwa."

Seruan ini bukanlah untuk merendahkan kedudukan mana-mana pihak. Saya yakin para ulama dan tokoh Islam yang cintakan kedamaian dan pembangunan Islam yang lebih syumul dan menyeluruh bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya untuk melihat kesatuan di kalangan umat Islam yang pastinya didambakan oleh seluruh majoriti senyap umat Islam di Malaysia. Semoga Allah memberikan petunjuk hidayah kepada semua.


Dr Juanda Jaya merupakan mufti Perlis. Beliau menulis artikel ini daripada Madinah, Arab Saudi - salah satu kota suci umat Islam. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak melambangkan pendirian Malaysiakini.

AL-ISTI'AZAH

Hukum membaca al-Isti'azah sebelum membaca Al-Quran adalah sunat. Ada juga pendapat Ulama yang mengatakan hukum membaca al-Isti'azah sebelum membaca Al-Quran adalah wajib.

Lafaz al-Isti'azah yang masyhur ialah : 


Bacaan Al-Isti’azah terbahagi kepada empat keadaan. Dua keadaan dibaca secara nyaring dan dua keadaan lagi dibaca secara perlahan;

-       Bacaan secara nyaring adalah ketika di dalam majlis Ilmu atau majlis keramaian.
-       Bacaan secara perlahan pula adalah ketika di dalam solat atau ketika bacaan seorang diri.



Jika membaca Al-Quran secara bergilir-gilir memadai pembaca pertama sahaja membaca Isti’azah, manakala pembaca berikutnya tidak perlu lagi mengulangi Isti’azah.


Persambungan Al-Isti’azah dengan Basmalah ada 4 wajah/cara :

1.    Memotong kesemuanya di antara Ista’azah dengan Basmalah dan di antara Basmalah dengan awal surah.
2.    Memotong yang pertama sahaja (al-Isti'azah) dan disambungkan yang kedua (Basmalah) dengan yang ketiga (ayat).
3.    Menyambungkan yang pertama (al-Isti'azah) dengan yang kedua (Basmalah) sahaja.
4.    Menyambungkan kesemuanya.


ISTILAH TAFKHIM DAN TARQIQ DALAM ILMU TAJWID

Istilah 'Tafkhim' dalam ilmu tajwid membawa maksud menebalkan sebutan huruf sepenuh mulut. 'Tafkhim' dan 'Taghliz' mempunyai maksud yang sama. Istilah 'tafkhim' digunakan pada huruf 'ro' manakala istilah 'taghliz' dIgunakan pada huruf lam.

Huruf 'ro' dibaca secara 'tafkhim' dalam beberapa keadaan. InsyaAllah perkara ini akan kita bincangkan dalam posting yang akan datang pada perbincangan mengenai hukum huruf 'ro'.

Selain huruf 'ro', kesemua huruf 'isti'la' mesti dibaca secara tafkhim. Huruf-huruf 'isti'la' terdiri daripada tujuh huruf iaitu huruf kho, shod, dhod, ghain, tho, qaf, dan zho. Empat daripada huruf-huruf ini bersifat 'ithbaq' dan ia mesti dibaca lebih kuat 'tafkhim'nya berbanding huruf-huruf lain. Empat huruf tersebut ialah shod, dhod, tho, dan zho. Di antara kesemua huruf ini huruf yang paling kuat 'tafkhim'nya ialah huruf 'tho'.

Apabila huruf-huruf 'tafkhim' berjumpa dengan huruf 'ta' maka hendaklah dijelaskan 'tafkhim' itu serta ditambahkan 'mahmus' pada huruf 'ta' lebih kuat daripada biasa. Contohnya : 


Ada lima peringkat 'tafkhim' iaitu : 

1. Huruf-huruf yang berbaris di atas dan selepasnya huruf alif. Contoh : 

2. Huruf-huruf yang berbaris di atas dan selepasnya tidak ada alif. Contoh :

3. Huruf-huruf yang berbaris hadapan. Contoh : 

4. Huruf-huruf yang berbaris mati. Contoh :

5. Huruf-huruf yang berbaris bawah. Contoh : 









LEMAK BABI & KOD E

Isu halal haram semakin hangat diperkatakan terutama yang melibatkan makan minum. Nampaknya masyarakat Islam di Malaysia semakin sensitif dalam perkara ini, satu perkembangan yang begitu baik.  

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim :


Maksudnya: " Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan lambat laun terjerumus ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larangan Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging, jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. "

Sebagai seorang Muslim kita perlu memastikan makan minum kita adalah halal lagi suci tanpa dicemari unsur syubhah, apalagi yang haram.

Saya ingin berkongsi sebuah artikel yang saya ambil dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (sumber) mengenai kod e yang digunakan dalam makanan dan minuman. Kod e ini dibangunkan oleh golongan kapitalis kuffar untuk mengelirukan umat Islam. Bukanlah semua kod e ini adalah lemak haiwan atau khinzir, tetapi ada sebahagian daripada angka yang sememangnya adalah lemak khinzir. Ini diterangkan oleh Dr. M. Amjad Khan dalam artikel yang disiarkan di laman tersebut. Kod-kod tersebut ialah :

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213,E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327 E334 E335, E336,E337 E422, E430, E431,E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, 483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635,E904

Walaubagaimanapun, artikel oleh Dr M Amjad Khan dipertikaikan kesahihannya. Ada yang mengatakan bukanlah kesemua kod yang disenaraikan oleh Dr Amjad Khan mengandungi unsur khinzir, hanya sebahagian sahaja. Menurut seorang yang memberi komen di laman web tersebut  sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499.  (Rujuk Kat Sini))
Saya tengah kaji hal ni.

Walaubagaimanapun, kita kena berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam syubhah seterusnya membawa kepada haram. Wallahua'lam......


Biar Betul......



ONE WORLD GOVERNMENT



Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya. Mahu percaya atau tidak,bumi pasti akan musnah.Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid yang tegar,akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini.Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya.Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan,sesuai dengan apa yang dijadualkan.Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?



Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi,terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan,menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat!Apakah tanda-tanda itu?




Sedar tidak sedar,para Elit The Hidden Hand semakin terdesak mengatur rancangan berusaha untuk menguasai dunia sebelum tibanya 'End Game'.JIka terlambat maka sudah tentu mereka gagal dalam misi untuk mengalahkan Allah,Tuhan yang dikatakan merampas kuasa dari Lucifer.Jika mereka berjaya sebelum ketibaan EndGame,maka mereka berjaya merebut kuasa memerintah bumi dan mengembalikan kuasa Lucifer untuk memerintah alam semesta.Semua perancangan dilakukan dengan mengira tarikh-tarikh tertentu,pergerakan bintang-bintang dan planet,nombor-nombor keramat dan ramalan-ramalan sihir.Iblis telah mengajarkan kepada para Elit ini supaya percaya kepadanya dan jika mereka berjaya menawan bumi dan berjaya mempengaruhi seluruh umat manusia supaya mengikut mereka,Allah pasti akan dikalahkan dan terpaksa menyerahkan kuasa-Nya kepada Iblis (Lucifer).Tuhan Lucifer pasti akan mengurniakan kekayaan dan hidup kekal abadi kepada para Elit.


Para Elit ini kini menguasai pelbagai industri dari pembuatan makanan hinggalah kepada pembuatan jentera berat.Media,pendidikan,hiburan dan telekomunikasi juga dikuasai oleh mereka.Namun ini adalah asas kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.Ketika para goyyim (manusia biasa yang tidak tahu apa-apa atau tidak mahu ambil tahu) hidup dalam dunia mereka sendiri,ada sekelompok manusia yang benar-benar merancang untuk menguasai dunia.Mereka merancang satu demi satu pelbagai strategi untuk menguasai dunia secara perlahan-lahan.



'One World Government'(OWG) adalah istilah yang merujuk satu sub-operasi mereka yang terpenting di bawah 'New World Order'.SEbelum mewujudkan OWG,terlebih dahulu perlu untuk mewujudkan TIGA paksi terbesar yang akan mendokong cita-cita OWG.


1-Kuasa Tentera

2-Kuasa Ekonomi


3-Kuasa Politik



Kuasa Tentera boleh berkait rapat dengan politik namun tidak semua tujuan politik boleh dibereskan dengan kuasa tentera.Adakalanya cara kekerasan tidak perlu,jadi strategi politik boleh dimanipulasi untuk tujuan menguasai sesuatu negara.Kuasa Ekonomi merangkumi semua jentera ekonomi,empayar industri dan koridor-koridornya.Media,pembuatan,perkhidmatan dan pemasaran berserta nilai-nilai komersilnya adalah termasuk dalam aktiviti ekonomi.Bank,pasaran saham dan naik turun harga komoditi juga adalah paksi Kuasa Ekonomi.Jadi tiga Kuasa ini perlu dikuasai sebelum benar-benar mampu mewujudkan apa yang dinamakan 'One World Government'.

Jika dahulu imperialisme menggunakan Kuasa Tentera,namun pada hari ini imperialisme masuk melalui caranya yang lain;siasah politik.Strategi pertama pada masa dahulu selepas imperialisme melalui Kuasa Tentera ialah cuba menempatkan seberapa banyak boneka yang mampu meneruskan idea politik The Hidden Hand.Sebab itu selepas imperialisme,HUKUM ALLAH YANG TERANG-TERANG TERMAKTUB DI DALAM ALQURAN tidak popular di kalangan nasionalisme untuk digubal sebagai undang-undang negara.Jangan cakap negara-negara Arab,di sini,di negara kita juga,Hukum Allah Azza Wa Jalla bagaikan tisu tandas yang dilapkan dipunggung kemudian dicampakkan ke tong sampah.Amat beratlah tanggungjawab seorang pemimpin sesebuah negara itu di akhirat kelak,nanti dia akan ditanya satu-persatu,sehelai demi sehelai,apakah yang menghalang dia dari berusaha menegakkan Hukum Allah di dalam AlQuran.Bukan sahaja pemimpin,malah rakyat juga,APAKAH ADA USAHA WALAUPUN SEDIKIT,UNTUK MEMASTIKAN HUKUM ALLAH BERDAULAT DI ATAS MUKA BUMI.


Strategi The Hidden Hand ialah,jika sesebuah negara dihalang untuk menjalankan Hukum Allah,maka amat senang bagi mereka untuk memasang (install) ideologi-ideologi sekularisme dan gaya hidup hippies yang gemar berhibur 24 jam.Setiap negara (Islam terutamanya) akan dipaksa mengikut 'standard' yang digunapakai oleh mereka.Sesiapa yang cuba untuk 'reinstall' kembali Hukum Allah ke dalam sistem perundangan,maka akan diganggu dan diancam.Pemimpinnya akan dipanggil untuk diadakan perbincangan tertutup.Di dalam perbincangan itu (selalunya diiklankan sebagai 'dialog' atau 'lawatan'),pemimpin yang disyaki cuba untuk melaksanakan Hukum Allah akan diberi kata dua.




Sesebuah negara akan disumbatkan dengan ejen-ejen The Hidden Hand untuk melaporkan suasana politik atau sosial kepada proksi-proksi The Antichrist.Dalam kes ini yang paling terkenal ialah 'ejen CIA'.Mereka amat bijak dan berperawakan menarik.Mereka adakalanya amat fasih bercakap dalam bahasa tempatan (mereka terpaksa belajar).Namun amat bagus jika ejen-ejen ini di kalangan rakyat tempatan.'Ejen CIA' dikalangan rakyat tempatan adalah manusia yang amat tidak boleh dipercayai.Mereka telah ditawarkan habuan yang amat banyak,dan jika apa-apa terjadi kepada mereka atau rahsia mereka terbongkar,maka mereka akan disokong untuk lari keluar negara.Apabila negara musnah akibat perbuatannya,maka dia akan angkat kaki segera dengan disediakan tempat tinggal dan elaun sara hidup di luar negara.Dia tidak peduli apakah anak bangsa atau agamanya akan dikeroyok oleh musuh-musuh mereka.Yang penting ialah perut dan nafsunya semata-mata.Ini adalah modus operandi biasa The Hidden Hand ke atas ejen-ejennya.Jika ejen-ejen ini mampu menyelinap ke dalam pentadbiran negara sebagai salah satu pemimpin,MAKA INI ADALAH BONUS BESAR bagi proksi-proksi The Elite yang menjadi hamba kepada The Hidden Hand.Ejen ini akan disokong dan dibantu bagi menjayakan cita-cita politik mereka.Kejayaan politik mereka adalah kejayaan politik bagi The Hidden Hand.



Satu lagi strategi The Hidden Hand ialah setiap pemimpin negara mesti menghantar anak-anak mereka untuk belajar di luar negara bagi memastikan mereka didoktrinkan secara senyap sebagai boneka mereka.Tanya diri sendiri,berapa kerat pemimpin negara yang menghantar anak-anak mereka belajar di Maahad Tahfiz atau belajar perundangan Islam?Anak-anak pemimpin negara dipastikan supaya mengikut gaya hidup Barat,mengabaikan solat lima waktu dan bersosial sehabis-habisnya.Arak adalah minuman kelas pertama yang harus dihidangkan kepada mereka.Biarlah mereka menghirup keenakkan air kencing syaitan itu supaya mereka mampu didoktrin menjadi tentera-tentera syaitan melawan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla.Akhirnya apabila bapa mereka berundur,mereka pula akan mewarisi karakter bapa mereka tanpa mahu disuruh-suruh lagi.Ini adalah PUTARAN GANAS sistem karakter Dajjal The Antichrist ke atas hegemoni bonekanya supaya Hukum Allah kekal tidak mampu dilaksanakan oleh manusia di Bumi.Sukar untuk keluar dari Putaran Ganas Sistem boneka Dajjal ini,kecuali yang terpilih mendapat hidayah Allah,namun ramai di antara mereka memilih untuk hidup di dalam Putaran Ganas Sistem supaya mampu memenuhkan ken nafsu selagi hidup di dunia walaupun di akhirat untung nasib mereka benar-benar berisiko tinggi.
 



Salah satu instrument yang amat penting bagi The Hidden Hand ialah media.Televisyen adalah perkakasnya yang sudah teruji kehebatannya sebagai alat 'mindcontol' paling hebat sepanjang zaman.Setiap rumah tidak boleh tidak pasti ada perkakas 'mata' Dajal ini.Tahukah anda,di samping propaganda-propaganda sedar yang ditayangkan di televisyen,sebenarnya terdapat gelombang-gelombang bawah sedar yang turut dipancarkan sama ketika menonton televisyen.Frekuensi gelombang televisyen disetkan pada kadar tertentu supaya mampu menghantar mesej bawah sedar ke dalam minda manusia.Apabila sekelompok manusia menonton televisyen setiap hari,maka mereka telah di'brainwash' berkali-kali.Namun ini memakan masa panjang.Inilah sebab mengapa semakin lama semakin degil manusia-manusia goyyim ini mahu menerima Hukum Tuhan sebagai undang-undang yang mengawal dan melindungi manusia.Satu 'clue' dalam program 'mindcontrol' melalui televisyen ialah dalam filem Batman Forever di mana watak The Riddler lakonan Jim Carrey dalam satu adegannya telah mencipta satu alat seakan televisyen yang digunakan untuk mengawal minda manusia dan menyedut 'IQ' mereka.Ini adalah pembayangnya,di mana sebenarnya ia benar-benar berlaku di Amerika.Eksperimen telah dijalankan di Amerika lewat Perang Dunia Kedua,di mana sebelum frekuensi televisyen benar-benar dapat ditetapkan,para saintis mereka telah pun menemui bahawa jika sesuatu mesej disampaikan pada frekuensi yang bersamaan dengan frekuensi minda manusia,maka maksud mesej itu mampu dicerna kedalam fikiran!Terdapat satu eksperimen rahsia dimana frekuensi telah dipancarkan ke satu bandar dengan mesej-mesej pembunuhan.Akibatnya statistik pembunuhan telah meningkat dengan drastik.Namun cara kawalan minda secara frekuensi ini tidak mampu mempengaruhi orang-orang yang berzikir mengingati Allah kerana Allah melindungi orang yang selalu mengingatinya.


Firman Allah:


“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang. (Ar Ra’du:28)
 Mengawal negara-negara melalui boneka atau proksi-proksi mereka adalah sudah semestinya,namun dengan gaya baru yang lebih maju.Meletakkan boneka setelah melanggar sesebuah negara tidak lagi menjadi pilihan kecuali beberapa kes tertentu seperti di Afghanistan dan Iraq.Ini kerana kedua-dua negara itu terletak dalam wilayah 'Khurasan' yang diramalkan di dalam hadis-hadis nabi.Ini wilayah 'blacklist' yang MESTI dikawal kerana pergerakan Mujadid agung diramalkan dikesan akan bergerak di sini.Jadi pelu untuk mengawal wilayah panas ini,supaya jika pergerakan Tentera Panji Hitam kononnya akan melalui wilayah ini,mereka dengan segera akan mampu dicantas pergerakannya dengan menghantar 'air-strike' atau peluru berpandu.Jadi kedua-dua negara itu perlu diletakkan segera boneka-boneka supaya tidak akan membantu pergerakan pejuang akhir zaman.Namun negara-negara lain seperti Arab Saudi misalnya,para pemimpin mereka ditaburkan kemewahan dan gaya hidup berfoya-foya supaya mampu menari mengikut rentak The Hidden Hand.Semua negara-negara Arab dididik supaya bersikap nafsi-nafsi supaya tidak mencampuri urusan negara-negara Islam lain terutamanya sekitar mereka yang ada masalah dengan Israel.INI SEMUA ADALAH SEBAHAGIAN PROGRAM MINDCONTROL tajaan Amerika-Israel terhadap pemimpin-pemimpin Arab yang dungu.


Syarikat Konsultan


Untuk memastikan bahawa program OWG berkesan dan berjalan lebih lancar,kini The Hidden Hand telah bergerak lebih efektif dengan menubuhkan syarikat-syarikat konsultan dalam perencanaan pentadbiran,sistem elektronik atau ekonomi.Syarikat-syarikat konsultan ini bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin-pemimpin negara-negara yang menggunakan khidmat mereka.Dalam bidang ekonomi misalnya,badan-badan ekonomi seperti Bank Dunia dan IMF adalah instrumen Dajjal bagi memaksa ekonomi dunia mengikut telunjuk mereka.Semua ini adalah anak-cucu kepada Federal Reserve yang amat-amat berjaya di Amerika.Federal Reserve bukanlah badan ekonomi milik kerajaan Amerika,TETAPI KEPUNYAAN PENCACAI DAJJAL THE ANTICHRIST PALING DISAYANGI iaitu The House of Rothschild.Semua polisi kewangan Amerika dan matawang Dollar Amerika adalah di bawah telunjuk Rothschild.




"Biar aku keluar dan menguasai wang negara-negara dan aku tidak memperdulikan siapa sahaja yang menulis undang-undangnya" - Mayer Amschel Rothschild



"Ajar rakyat Amerika yang angkuh itu dan jajah mereka semula." - Nathan Mayer Rothschild



Kini rakyat Amerika diperhambakan melalui ekonomi.Kita lihat dari segi zahirnya mereka banyak duit dan mewah namun kekayaan mereka itu adalah kosong dan ditentukan oleh The Hidden Hand.Kekayaan mereka hanyalah disandarkan kepada kertas-kertas dolar yang tidak bernilai.Apabila aliran ekonomi mengalami 'crash',merekalah yang terlebih dahulu menerima tempiasnya berbanding Pak Kassim yang menanam ubi keledek di belakang rumah.Simpanan mereka beribu-ribu di bank,namun apabila pasaran saham bertukar negatif,simpanan mereka bukan sahaja habis malah menjadi teramat negatif pula,menjana hutang berjuta-juta!




SEbab itu gaya hidup mereka,apabila mewah teramat mewah,namun sekali jatuh,mereka akan jatuh sejatuh-jatuhnya kerana sistem kewangan atau ekonomi tajaan Dajal bersifat tidak stabil dan sememangnya dirancang sebegitu.Mengapa?Kerana mudah mereka untuk menjalankan strategi P A N I C dan 'Ordo Ab Chao'.




Bayangkan semua urusan perbankan dan ekonomi kita dikawal oleh satu syarikat swasta.Inilah yang berlaku di Amerika dan Eropah.




Bagaimana pula dengan bidang-bidang yang lain?Sistem data atau rangkaian juga telah diserahkan kepada syarikat-syarkat konsultan dari Israel-Amerika.Anda pernah dengar tentang sistem maklumat yang digunakan dalam institusi keselamatan negara ini,telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Israel?Jadi tujuannya adalah untuk menyimpan maklumat rakyat negara ini bagi kegunaan PENGECAMAN.Ramalan dari AlQuran dan Hadis semakin lama semakin terbukti,dan The Hidden Hand semakin terdesak untuk menyumbatkan segala strateginya di sini dan lain-lain kawasan di dunia sebelum mentari muncul di ufuk barat.




Bagaimana dengan dana kempen sesuatu parti politik?Pentadbiran Malaysia pernah meminta dana kempen politik dari sumber Amerika-Israel yang dirahsiakan walaupun surat mengenainya kononnya tersebar.Amerika sebenarnya telah lama membiayai kempen-kempen politik para bonekanya di Timur Tengah dan Pakistan.Amerika juga membiayai satu pertubuhan yang bergerak untuk menjaga demokrasi ala Amerika tetap tertegak di Bumi.Bagaimana dengan sebuah parti politik pecahan UMNO,yang juga mendapat bantuan The Hidden Hand?



Timur Tengah dan Pakistan adalah medan permainan yang membosankan bagi Amerika dan Israel.Semua misi-misi OWG telah berjaya walaupun mereka hanya bermain sebelah mata sahaja.Kini perhatian tertumpu kepada rantau sebelah sini.Negara-negara majoriti Islam di Asia Tenggara perlu ditundukkan supaya mematuhi ibupejabat OWG.Kaji apakah yang dibisikkan kepada Gus Dur (Allahyarham) oleh proksi-proksi Dajjal ketika beliau naik memerintah Indonesia satu ketika dahulu.Gus Dur adalah pemimpin kepada sebuah organasasi Islam yang besar dan adalah penting untuk mengawal beliau.Maka keluarlah kempen Islam Liberal antara yang terbesar dalam sejarah Indonesia sepanjang pemerintahannya.Bagaimana dengan 1Indonesia?
Mari kita lihat permainan catur The Hidden Hand di sini.Parti pemerintah telah dibiayai oleh satu entiti luar yang ada kaitan dengan Israel-Amerika.Sudah sekian lama kempen-kempen politik ditaja mereka secara senyap.Namun kini,sebuah parti politik pecahan parti pemerintah juga mendapat pembiayaan The Hidden Hand.Kedua-duanya adalah proksi mereka walaupun pada zahirnya bertentangan.Sebab itu pemimpin parti pecahan itu tahu tentang APCO,kerana ia adalah permainan parti pemerintah sekian lama.Mengapa ini terjadi dan apakah permainan The Hidden Hand kali ini?


SEMUANYA ADALAH UNTUK MENJALANKAN 'DIVIDE AND RULE' KE ATAS UNDI UMAT ISLAM KHASNYA MELAYU.



Hanya satu jalan untuk menguasai tampuk pemerintahan Malaysia yang majoritinya Melayu Islam.PECAHKAN UNDI MEREKA!




Setiap misi mereka,akan dibayar oleh bos-bos mereka.Namun adakalanya semua ini bukan lahir dari dalam hati mereka tetapi setelah diugut dan ditawarkan pelbagai janji dan kekayaan,maka iman pun terjelepuk di tapak kaki proksi The Antichrist.




Penubuhan parti baru dari pecahan parti pemerintah adalah taktik untuk menubuhkan vakum bahaya untuk satu parti berorientasikan agama.Kini parti ini tersepit di celah-celah Melayu Sekular dan 'Racist-Socialist'.Perjuangan suci mereka terperangkap dalam vakum politik yang disediakan khas untuk mereka.Ini akan mengelirukan para pemimpin dan penyokong mereka.



Jadi kedua-duanya adalah rancangan proksi The Hidden Hand untuk mewujudkan pelan 'One World Government' bagi negara ini,sepertimana pelan asal 1Israel.Jadi kini para Sekular tidak lagi berdepan dengan topik paling membahayakan dalam pertempuran kerajaan-pembangkang;AGAMA.Kini para Sekular hanya berdepan dengan bayang-bayang Sekular yang memayungi golongan Rasis-Sosialis dan Agama.Para Sekular hanya bermain tahi dan lumpur sendiri.Kes yang paling terkenal adalah kisah Zahid Ibrahim.Kisah beliau dengan araknya adalah mukaddimah kepada amalan hidup para Elit Melayu yang menjadi 'ruling class' Malaysia.
Setiap negara akan memakai khidmat proksi-proksi Dajjal untuk mewujudkan sub-sub OWG di negara masing-masing.Khidmat nasihat dan pembiayaan diberikan,asalkan negara-negara dunia mengikut arahan mereka.INI ADALAH IMPERIALISME ORDER BARU.Kemudian setiap negara ada konsep 1Negara.Contohnya 1Amerika,1Thailand,1Indonesia,1Israel,1Malaysia....


Semuanya mengikut telunjuk si 'Mata Satu'  1Seeing-Eyes...
Related Posts with Thumbnails