LEMAK BABI & KOD E

Isu halal haram semakin hangat diperkatakan terutama yang melibatkan makan minum. Nampaknya masyarakat Islam di Malaysia semakin sensitif dalam perkara ini, satu perkembangan yang begitu baik.  

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim :


Maksudnya: " Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan lambat laun terjerumus ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larangan Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging, jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. "

Sebagai seorang Muslim kita perlu memastikan makan minum kita adalah halal lagi suci tanpa dicemari unsur syubhah, apalagi yang haram.

Saya ingin berkongsi sebuah artikel yang saya ambil dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (sumber) mengenai kod e yang digunakan dalam makanan dan minuman. Kod e ini dibangunkan oleh golongan kapitalis kuffar untuk mengelirukan umat Islam. Bukanlah semua kod e ini adalah lemak haiwan atau khinzir, tetapi ada sebahagian daripada angka yang sememangnya adalah lemak khinzir. Ini diterangkan oleh Dr. M. Amjad Khan dalam artikel yang disiarkan di laman tersebut. Kod-kod tersebut ialah :

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213,E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327 E334 E335, E336,E337 E422, E430, E431,E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, 483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635,E904

Walaubagaimanapun, artikel oleh Dr M Amjad Khan dipertikaikan kesahihannya. Ada yang mengatakan bukanlah kesemua kod yang disenaraikan oleh Dr Amjad Khan mengandungi unsur khinzir, hanya sebahagian sahaja. Menurut seorang yang memberi komen di laman web tersebut  sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499(Rujuk Kat Sini))
Saya tengah kaji hal ni.

Walaubagaimanapun, kita kena berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam syubhah seterusnya membawa kepada haram. Wallahua'lam......


Biar Betul......



2 comments:

Anonymous said...

Salam.
Saya telah berikan jwp kpd komen sedara di blog Wali Guerre.

Berkenaan Ayat pengharaman DAGING BABI dalam Al-Qur'aan adalah benar-sebenar benarnya. Maha Pemurah Maha Mengetahui segalaaaaa yg di hadapan di zaman kita hidup sekarang ini walaupun Al Qur'aan telah turun lebih 1400 dulu. ALHAMDULILLAH syukur ke hadratNya kerana tidak memfirman HARAM LEMAK BABI, HARAM TULANG BABI, HARAM ENZIM BABI, HARAM ANTIBIOTIK BABI, HARAM KULIT BABI DAN HARAM BULU BABI tetapi yang difirman ialah HARAM DAGING BABI pada keadaan bukan darurat yakni kebuluran.

Tuhan Maha Nampak ke depan bahawa semua Jemaah Haji telah divaksin dgn antiviral H1N1 dari ekstrak hati babi, coklat berjenama semuanya dari lemak babi, kapsul ubat yahudi edaran Hospital Kerajaan semuanya dari lemak babi, kasut2 kulit murahan semuanya dari kulit babi, berus lukisan murahan semuanya dari bulu babi, krimer kopi 3 in 1 murahan dr lemak babi, kalsium ubat gigi dr tulang babi, kertas minyak bakar kek dr lemak babi, krimer aiskrim dr lemak babi dan bahan agen anti-caking pada susu tepung pun ada lemak babi.

Lain dari DAGING BABI adalah syubhah/samar & jika perkara samar disentuh hukumnya, TUHAN murka dan Raja2 di Al-'Araf pemilik Hima juga murka. Janganlah ikut Sistem Kosher (sijil halal yahudi) yg mengharamkan apa yg dihalalkan dan menghalal apa yg diharam TUHAN. Nabi Muhammad pun tak haramkan biawak yg dimakan Khalid al Walid...kerana tiada Ayat HARAM BIAWAK.

Duit Fiat Ringgit Malaysia pun ada unsur syubhah Riba. Mujur tak turun Ayat HARAM WANG FIAT dari MAHA BERHUKUM DIA, kalau tidak nerakalah kita ajmain!

Anonymous said...

...dan F&N Orange keluaran proxy2 yahudi zionist semenjak tahun 1883, tahun Kristian masuk Tanah Melayu telah di holy water-kan dgn jampi serapah. Hanya orang2 ada kelebihan saja boleh tahu ada holy water dlm oren keluaran John Fraser & David Neave.

Boleh percaya ker muka Ahli Lembaga Pengarah kafir musyrik di bawah?

http://www.fraserandneave.com/FN_aboutus_board_directors.asp

Oleh kerana dlm Malaysia ni orang2 Islam yang diizinkan Tuhan supaya muntah jika terminum F&N orange cuma ada 7 orang saja, dan holy water tidak dapat dibezakan dgn air biasa secara ujian makmal maka hal ini menjadi SAMAR utk dihebohkan. Dan oleh kerana tiada dalil HARAM HOLY WATER dlm Al Qur'an mau pun Hadith maka 7 orang tersebut enggan menyentuh perkara SAMAR kerana takut mendahului HUKUM TUHAN dan ajaran Nabi. Jika berhukum juga maka 7 orang tersebut akan di panggang api neraka & sia-sialah amalan mereka selama ini dek kerana MENDAHULUI TUHAN, MELEBIHI TUHAN, MENGENEPIKAN TUHAN dalam berfatwa.

Dan oleh kerana tindakan mereka itu benar, kini maqam mereka berbau kesturi dan lebih wangi dari maqam Imam2 As Syafie, Abu Hanifah, Maliki dan Hanbal. Dan mayat 7 mereka tidak mereput sampai hari ini.

ALLAHU AHSANUL KHALIQIN...DIA MAHA TAHU SEGALA DI BELAKANG, SEGALA DI DEPAN & MAHA BIJAK DIA BERHUKUM, MAHASUCI DIA DARI SANGKAAN MAKHLUK, MAHA TINGGI DIA DARI SEGALA ILMU.

Related Posts with Thumbnails