PUASA

Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu Rukun Islam yang mesti ditunaikan oleh setiap Umat Islam yang mampu dan mukallaf. Ibadah puasa telah mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah. Puasa di dalam Bahasa Arab disebut sebagai Saum” yang memberi makna menahan. Di dalam Istilah Syara’ ia membawa maksud menahan diri dari segala perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa ada 4 perkara, iaitu :

i. Islam ii. Baligh iii. Berakal. iv. Mampu

Rukun Puasa ada 2 iaitu :

i. Niat ii. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah :

· Makan dan minum dengan sengaja

· Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.

· Muntah dengan sengaja.

· Bersetubuh dengan sengaja.

· Mengeluarkan air mani dengan sengaja.

· Haid

· Nifas

· Gila

· Murtad



Nota : Orang yang melakukan persetubuhan di siang hari Ramadhan dengan sengaja adalah berdosa dan batallah puasanya. Pihak suami wajib mengqadha’kan puasanya dan membayar kaffarah dengan memerdekakan seorang hamba sahaya, sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut, dan sekiranya tidak mampu juga hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Manakala pihak isteri wajib mengqadha’kan puasanya sahaja tanpa perlu membayar kaffarah.

Di antara perkara Sunat bagi orang yang berpuasa ialah :

· Bersahur.

· Menyegerakan berbuka puasa bila tiba waktu berbuka.

· Melewatkan waktu bersahur.

· Meninggalkan perkataan yang keji seperti mengumpat, mencela dan lain-lain.

· Membanyakkan membaca Al-Quran.

· Membanyakkan sedekah.

· Mendirikan solat Tarawikh pada malam bulan Ramadhan.

· Menjamu orang yang berpuasa pada waktu berbuka.

Hari-hari yang diharamkan berpuasa ialah :

· Dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

· Hari-hari tasyrik yang tiga (11,12, dan 13 Zulhijjah)

· Pada pertengahan bulan Sya’ban ke atas.

· Pada hari syak (Hari yang diragui samada masih akhir sya’ban atau awal Ramadhan).

0 comments:

Related Posts with Thumbnails