MUKTAMAR MASJID-MASJID NEGERI SARAWAK 1430H

Pada 20-22 Sya'ban 1430Hbersamaan 11-13 Ogos 2009M telah berlangsung Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak Tahun 1430H/2009M bertempat di Pusat Penerangan Islam, Kuching Sarawak. Muktamar yang telah berlangsung selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Para peserta Muktamar merupakan wakil dari Masjid dan Lembaga dari seluruh Negeri Sarawak.
Di dalam Muktamar kali ini, sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan. 4 pembentang adalah dijemput khas dari Singapura, Indonesia, Johor, dan Sabah. Mereka telah berkongsi pengalaman di dalam mentadbir, mengurus dan mengimarahkan masjid. Turut membentang ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, YB Dato Sri Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar.
Begitu banyak manfaat yang telah diperolehi para peserta di dalam Muktamar Masjid kali ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails