QASIDAH AHBAB
قوموا إلى ما يأمر الرحمن فلكم بطاعته رضى والجنان
يا إخوتي يا سادتي وأعزتي لاخير عند الله إلا الدين
فهو السعادة والنجاة هو الهدى ثم النعيم الحلو والريحان
طوبى لمن لا تحد شنه فتنة مسمومة ولِقلبه إيمان
كل فبإع نفسه فمدمر يمسى ويصبح عونه الشيطان
وهناك معتق نفسه متمسك فإمامه أبدا هو القرأن
يدعو ويخرج في سبيل الله دوما فليس لسعيه نكران
ما أمره إلا ألزيارة و الدعأ فمشورة بالفكر ثم بيان
فمشكل ومرغبا في الجهد من هو مستعد فليكن إعلان
يا راغبا في جنة الفردوس وأمامك الأقطار والبلدان
أخرج إليها فالإله قريب وعليه فليتوكل الإنسان
* البحر الكامل *
FADHILAT RAMADHAN
· ‘Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ( Surah Al-Baqarah, Ayat 185 )
· ‘Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. Baginda bersabda : Sesiapa berpuasa di Bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan(ikhlas semata-mata mengharap redha Allah) diampunkan segala dosanya yang terdahulu.’ ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
· ‘Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : Bila telah datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka dan terbelenggulah syaitan-syaitan.’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
· ‘Daripada Sahal bin Saad r.a. sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda : Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang dinamakan Ar-Rayyan yang akan memasukinya pada hari Qiamat orang –orang yang berpuasa dan tiada seorang pun yang memasukinya selain mereka.’ ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
· ‘Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w. : Setiap amalan anak Adam digandakan pahalanya antara 10 hingga 700 kali, Allah Azza Wa Jalla telah berfirman : Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makannya semata-mata kerana Aku.’ ( Hadis Riwayat Muslim )
PUASA
Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu Rukun Islam yang mesti ditunaikan oleh setiap Umat Islam yang mampu dan mukallaf. Ibadah puasa telah mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah. Puasa di dalam Bahasa Arab disebut sebagai ‘Saum” yang memberi makna menahan. Di dalam Istilah Syara’ ia membawa maksud menahan diri dari segala perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari.
Syarat Wajib Puasa ada 4 perkara, iaitu :
i. Islam ii. Baligh iii. Berakal. iv. Mampu
Rukun Puasa ada 2 iaitu :
i. Niat ii. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah :
· Makan dan minum dengan sengaja
· Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.
· Muntah dengan sengaja.
· Bersetubuh dengan sengaja.
· Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
· Haid
· Nifas
· Gila
· Murtad
Nota : Orang yang melakukan persetubuhan di siang hari Ramadhan dengan sengaja adalah berdosa dan batallah puasanya. Pihak suami wajib mengqadha’kan puasanya dan membayar kaffarah dengan memerdekakan seorang hamba sahaya, sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut, dan sekiranya tidak mampu juga hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Manakala pihak isteri wajib mengqadha’kan puasanya sahaja tanpa perlu membayar kaffarah.
Di antara perkara Sunat bagi orang yang berpuasa ialah :
· Bersahur.
· Menyegerakan berbuka puasa bila tiba waktu berbuka.
· Melewatkan waktu bersahur.
· Meninggalkan perkataan yang keji seperti mengumpat, mencela dan lain-lain.
· Membanyakkan membaca Al-Quran.
· Membanyakkan sedekah.
· Mendirikan solat Tarawikh pada malam bulan Ramadhan.
· Menjamu orang yang berpuasa pada waktu berbuka.
Hari-hari yang diharamkan berpuasa ialah :
· Dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
· Hari-hari tasyrik yang tiga (11,12, dan 13 Zulhijjah)
· Pada pertengahan bulan Sya’ban ke atas.
· Pada hari syak (Hari yang diragui samada masih akhir sya’ban atau awal Ramadhan).
LAGI .... GAMBAR SEKITAR MUKTAMAR
GAMBAR - GAMBAR SEKITAR MUKTAMAR MASJID NEGERI SARAWAK 1430H
Pengurusan Masjid :
Pengalaman Singapura
Oleh :
Pengerusi Eksekutif, Lembaga Pentadbir
Masjid Al-Mukminin Singapura
Pembentangan Kertas Kerja 2 :
Masjid Sebagai Pusat Ilmu : Pengalaman Indonesia
Oleh :
Sekretaris Jenderal Pimpinan Pusat
Dewan Masjid Indonesia
Pembentangan Kertas Kerja 4 :
Masjid Sebagai Pusat Kegiatan Sosial: Pengalaman Masjid Bandaraya
Kota Kinabalu, Sabah
Oleh :
Tuan Haji Abd. Jamal Bin Tun Haji Sakaran
Timbalan Pengerusi
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
MUKTAMAR MASJID-MASJID NEGERI SARAWAK 1430H
Di dalam Muktamar kali ini, sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan. 4 pembentang adalah dijemput khas dari Singapura, Indonesia, Johor, dan Sabah. Mereka telah berkongsi pengalaman di dalam mentadbir, mengurus dan mengimarahkan masjid. Turut membentang ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, YB Dato Sri Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar.
Begitu banyak manfaat yang telah diperolehi para peserta di dalam Muktamar Masjid kali ini.