Baru-baru ni saya menonton satu rakaman video di youtube, dalam rakaman tersebut seorang Guru Tarekat diberi penghormatan dengan cara sujud seperti dalam solat. Timbul pertanyaan di dalam hati saya, adakah perbuatan tersebut tidak merosakkan iman para pelakunya. Amat menghairankan, seolah-olah guru tarekat tersebut bersetuju dan reda dengan perbuatan tersebut.
Untuk menonton rakaman tersebut klik kat link ni SUJUD PADA GURU.....
Pada minit 1.00 hingga 1.07 rakaman tersebut, kelihatan murid/pengikutnya melakukan penghormatan dengan cara bersujud kepada guru yang berada di hadapan mereka.
Saya berpendapat perbuatan tersebut adalah haram dan boleh merosakkan Aqidah pelakunya.
Di dalam kitab Mustika Hadith terbitan JAKIM, pada Tajuk WAJIB BERIMAN KEPADA QADAR TAQDIR, Fasal Ketiga : Perkara-perkara Yang Menyebabkan Rosaknya Iman Dan Islam Atau Yang Menyebabkan Orang Yang Melakukannya Menjadi Murtad dinyatakan seperti berikut :
..................................................
.................................................
.................................................
Bahagian yang ketiga:
Sila rujuk http://www.islam.gov.my/dircportal/hadith.htm
Perbuatan, iaitu:
(1) Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walau pun tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai had sekurang-kurangnya ruku' sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah; kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumnya tetap haram.
Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua agar berada pada jalan Aqidah yang Sahih. Amin Ya Rab................
0 comments:
Post a Comment