LEMAK BABI & KOD E

Isu halal haram semakin hangat diperkatakan terutama yang melibatkan makan minum. Nampaknya masyarakat Islam di Malaysia semakin sensitif dalam perkara ini, satu perkembangan yang begitu baik.  

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim :


Maksudnya: " Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan lambat laun terjerumus ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larangan Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging, jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. "

Sebagai seorang Muslim kita perlu memastikan makan minum kita adalah halal lagi suci tanpa dicemari unsur syubhah, apalagi yang haram.

Saya ingin berkongsi sebuah artikel yang saya ambil dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (sumber) mengenai kod e yang digunakan dalam makanan dan minuman. Kod e ini dibangunkan oleh golongan kapitalis kuffar untuk mengelirukan umat Islam. Bukanlah semua kod e ini adalah lemak haiwan atau khinzir, tetapi ada sebahagian daripada angka yang sememangnya adalah lemak khinzir. Ini diterangkan oleh Dr. M. Amjad Khan dalam artikel yang disiarkan di laman tersebut. Kod-kod tersebut ialah :

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213,E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327 E334 E335, E336,E337 E422, E430, E431,E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, 483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635,E904

Walaubagaimanapun, artikel oleh Dr M Amjad Khan dipertikaikan kesahihannya. Ada yang mengatakan bukanlah kesemua kod yang disenaraikan oleh Dr Amjad Khan mengandungi unsur khinzir, hanya sebahagian sahaja. Menurut seorang yang memberi komen di laman web tersebut  sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499(Rujuk Kat Sini))
Saya tengah kaji hal ni.

Walaubagaimanapun, kita kena berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam syubhah seterusnya membawa kepada haram. Wallahua'lam......


Biar Betul......



Related Posts with Thumbnails